18 July 2011

Wayang Kulit

Apa khabar sahabt-sahabat.Sekarang ini ana masih di KELCHEFF 2011.Alhamdulilah ada yang membeli colek Asiah Hassan.Mesti tertanya-tanya kenapa ana pilih tajuk wayang kulit.Sebenarnya ana baru je dengar announcement bahawa malam ini ada wayang kulit.Jadi ana ambil kesempatan ini untuk menghebohkan kepada sesiapa yang melawat blog ana.

Sebenarnya tengah hari tadi ana pening kepala dan berasa nak muntah.Sahabat-sahabt jangan fikir ana pregnant ye.Ana tak pregnant lagi.Mungkin tadi keadaan cuaca panas di KB ini membuatkan ana berasa pening kepala.Ana dan zauji makan nasi kerabu yang berharga rm4.50 sepinggan.Tapi sayang ana tak habis,mujur ada che abe yang tolong habiskan.Terima kasih Che Abe ku Sayang...Ok la ye,ana berhenti dulu untuk meneruskan perniagaan.

Kami di KELCHEFF 2011

KELCHEFF 2011 adalah singkatan bagi Kelantan Cheng Ho International Food Festival 2011.Malam ini saya dan suami di bawah gerai SIRIM mempromosikan serta menjual produk Ummi.Ibu mertua ana mengeluarkan produk pencicah Asiah Hassan.Sesuai dimakan dengan keropok dan sebagainya.Ana baru je sampai di rumah bapa saudara suami ana.Kami bermalam di sini malam ini.Menjimatkan masa kami untuk ke KELCHEFF bagi berniaga.Alhamdulilah sambutan malam ini menggalakkan dari para pengunjung.Biasa la adat berniaga,ada pengunjung yang buat tidak hirau dan ada juga yang memberi respon yang baik.

Selamat Malam.

25 June 2011

Wanita Bahagia

Selamat Malam kepada sahabat-sahabat yang menjenguk blog ana.Blog ana sepi dek kerana kesibukan.Rindu untuk menulis kerana menulis adalah sebahagian dari kehidupan untuk menjadikan kita sebagai wanita yang paling bahagia.Tulisan yang dihasilkan bukan untuk melalaikan tetapi untuk berkongsi sedikit ilmu yang diperoleh.

Dalam salah satu buku yang ana baca yang isi kandungannya bertajuk Rumah Sederhana Dengan Iman Bukan Istana Dengan Sikap Melampaui Batas.Kita ibaratkan seorang wanita yang tinggal di sebuah pondok yang usang,beribadah kepada Allah,mendirikan solah lima waktu dan berpuasa di bulan Ramadhan adalah wanita yang paling bahagia berbanding dengan seorang wanita yang tinggal di dalam istana yang mewah dikelilingi dayang-dayang serta meraikan pesta-pesta.Golongan ini wanita yang tidak bahagia hati mereka gelisah.

Kebahagiaan bukan terletak pada wang serta kekayaan dan sesungguhnya kekayaan terletak pada kepuasan hati,kesenangan perasaan,ketenangan jiwa,kegembiraan rohani diiringan dengan sifat menerima dan merasa cukup dengan anugerah yang diberi.

Itu saja dari ana,Salah dan silap sama-sama kita betulkan

15 June 2011

Thank You

Alhamdulilah ana masih berpeluang untuk menulis lagi.Apa khabar sahabat-sahabat?Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat dan merasai kenikmatan iman.InsyaAllah.

Majlis Kesyukuran Perkahwinan ana berjalan lancar pada 10 Jun yang lalu.Rombongan pegantin lelaki sampai dalam pukul 3 petang.Salah seorang kumpulan nasyid Sufian turut menyerikan majlis kesyukuran kami.Ia juga turut dimeriahkan dengan jamuan yang enak.Ana amat bersyukur kerana kawan-kawan ana dari Sekolah Menengah Hamzah 1, MRSM Kuala Krai,Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan juga UKM turut datang ke majlis ana.Thank You my friends.

Pada keesokan harinya 11 Jun adalah majlis hantar menantu.Lebih kurang pukul 3 juga rombongan kami sampai di rumah pegantin lelaki.Majlis yang sederhana tapi meriah.Di sini ana berkenalan dengan kawan-kawan serta saudara-mara zauji.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...