23 January 2012

Hoorey Holiday

Assalamualaikum dan selamat malam.Sudah lama Jamy tidak mencoret tinta di sini.Alhamdulilah Jamy dah mulai cuti semester selama sebulan.Sebulan kejap je pejam celik dah sebulan.


Oleh sebab itu, Jamy akan menghargai masa cuti ini dengan sebaik-baiknya.Insyaallah. Semalam Jamy dan suami menjemput kawan suami serta isterinya makan malam di rumah. Disebabkan ibu saudara suami pulang ke kampung hanya tinggal kami berdua je di rumah ini.


Lebih kurang dalam pukul 6 petang, Jamy dan suami dah ke dapur.Kami tolong-menolong dalam menyediakan makan malam. Antara hidangannya ialah Siakap Tiga Rasa, Kailan Ikan Masin dan Sup Cendawan. Selain itu, Jamy turut menyediakan koktail.Alhamdulilah semua makanan habis.


Kepada semua sahabat yang sedang bercuti, selamat bercuti dan semoga cuti ini akan memberi manfaat kepada kita.Insyaallah.

16 December 2011

Ummiku Sayang


  Seorang ibu akan mengandung lebih kurang 9 bulan lebih. Membawa perut ke hulu hilir dengan harapan anak yang di kandung menjadi insan yang berguna pada agama, masyarakat dan negara.Berdasarkan Falsafah Kebangsaan yang saya pelajari , guru memainkan peranan penting dalam membentuk insan yang berakhlak mulia bukannya warganegara yang baik. Insan dan warganegara adalah dua aspek yang berbeza.

  Ibu jasamu tetap ku kenang walaupun engkau bukan di sisiku.Engkau tidak dapat melihat kejayaanku di dunia ini, melihat aku berumahtangga dan engkau tidak dapat melihat menantu bongsumu..Namun aku yakin engkau mengetahuinya di alam sana.Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepadamu dan aku di sini selalu mendoakan mu wahai ibuku.

   Kali ini saya ingin membuat ucapan khas buat Ummi kesayangan saya, iaitu ibu mertua. Selamat Hari Lahir Ummi. Terima kasih membesarkan suami saya dan memberi didikan agama yang sempurna untuk suami. Semoga Ummi sihat, murah rezeki dan semakin dekat dengan ALLAH. 

     Alhamdulilah saya dikurniakan seorang ibu dan bapa mertua yang baik dan saya rasa selesa bersama mereka. 

10 December 2011

Wonderful Day


Bismillahirahmanirahim.Apa khabr sahabat blogger sekalian.Semoga anda sihat walafiat dan sentiasa mengupdate blog..Tapi saya agak jarang update maklum la org yang kurang idea..Teringin nak update tapi takut update benda2 yang tak datang manfaat , so saya just baca blog org lain je.

Seperti biasa setiap kali ada cuti dan hujung minggu saya la orang pertama yang akan balik.Bukan balik Kelantan tapi balik Gombak untuk berjumpa suami.Walaupun kadang2 kepenatan dirasai namun berbaloi apabila menatap wajah suami yang berpenat lelah bekerja sehinggakan waktu cuti beliau tidak menentu.

Semalam tanggal 9 Disember adalah paling seronok.Nak tahu kenapa??Sebenarnya saya mencadangkan kepada suami agar kami pergi tidur di hotel untuk meluangkan masa bersama namun suami tidak setuju.Apabila saya sampai suami memberitahu nak buat candle light dinner di KL Tower namun sebab kami tidak boleh booking untuk malam tersebut.Maybe sebab dah penuh.So suami meminta tolong kawan beliau dan akhirnya kami ke Restoran Nelayan di Titiwangsa.Lepas isyak kami bertolak dan suasananya amat romatik.

Saya sempat menyediakan kad untuk suami.Selepas menikmati hidangan , saya menghulurkan sekeping kad yang bersampul surat biru kepada suami.Suami amat gembira.Saya pun turut juga gembira.Alhamdulilah.
Kemudian kami ke tempat selawat dan zikir di Danau Kota.Di sana saya berada dengan muslimah-muslimah.Saya berkenalan dengan dua orang kakak yang bekas pelajar Al-Azhar di Mesir. yang dikenali dengan Kak Nani dan Kak Long.Banyak yang saya belajar dan berkongsi cerita dengan mereka.

Setelah sampai di rumah, saya menunaikan solat Isyak dan kemudian suami menghulurkan paper beg yang berwarna hijau.Alangkah terkejutnya saya.Terima kasih suami hadiahkan saya .......Sebuah handphone untuk ku isterimu yang banyak lagi perlu belajar mengenai kehidupan dan rumahtangga.


30 November 2011

LOVE vs CiNTA

Salam Sayang Buat Insan Yang Bergelar Muslimah..Death do never us a a part adalah kebiasaan ikrar bagi pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga..

Perkahwinan dalam Islam adalah jalan untuk meraih rahmat Allah SWT sesuai dengan firman-Nya :

"...dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya ilah bahawa ia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.."
(ar-Rum : 21 )

Isteri : "Adik berjanji untuk sehidup semati dengan abang."
Suami : " Abang berjanji untuk hidup selama-lamanya dengan adik."
Isteri : " Tak mati-mati?"
Suami : "Mati sekejap saja , lepas tu kita sambung hidup di syurga pula !




Di sebalik kisah lucu di atas tentang perkahwinan yang berkekalan sampai ke hujung usia.Kisah cinta pasanagan veteren ini sentiasa harum walaupun dek usia yang semakin meningkat.Ada sepasang suami isteri yang Jamy kenal , mereka masih berpegangan tangan ketika berbual dan cinta mereka tidak pernah pudar.Subhanallah ini la yang sepatutnya kita amalkan dalam kehidupan rumahtangga kita.

Jamy masih belajar dalam kehidupan rumahtangga.Jamy impikan rumahtangga yang mendapat rahmat Allah SWT..Dan sahabat-sahabat terutamanya sahabat UKS banyak membantu Jamy.Terima kasih ye Jamy ucapkan.

Pertama ,jadikan rumahtangga tempat berkasih sayang kerana Allah.Antara caranya melalui pandangan dan sentuhan.Sabda Nabi SAW :

"Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya dengan rasa kasih sayang dan isterinya juga memandang suaminya dengan rasa kasih sayang maka Allah akan memandang kedua-duanya dengan pandangan kasih sayang.Dan apabila suami memegang tapak tangan isterinya maka dosa-dosa mereka keluar dari celah-celah jari mereka." 


Terima kasihkepada Allah kerana mengurniakan Jamy seorang suami.Alhamdulilah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...