10 March 2012

Think Positive


Assalamualaikum semua..Sudah lama jamy tak update belog ini..Semoga sahabat dalam keadaan sihat dan emosinya dalam keadaan stabil.. jika emosi agak kurang stabil, jom sama2 kita check diri masing2? Mungkin ada bnda yang masih kurang..Tips utama adalah dekatkan diri dengan Allah maka hati akan menjadi tenang.. Cuba ye..

Alhamdulilah di waktu Jamy sedih ada sahabat yang sentiasa memberi pandangan yang positid. Di samping adanya suami yang sentiasa memberi semangat kepada saya. Terima kasih.

Alhamdulilah buat masa ini, Jamy agar kuat dalam berniqob di tempat belajar. Insyaallah.

17 February 2012

Episod 1


Assalamualaikum w.b.t semua. Apa khabar? Alhamdulilah ye kita diberi kesihatan yang baik dan bagaimana keadaan insan2 yang sedang menghadapi ujian Allah dengan diberi kesihatan yang tidak baik. Marilah kita bersama-sama mendoakan mereka agar kuat dan kembali sihat macam kita. Kita yang diberikan kesihatan yang baik oleh Allah S.W. T , adakah menghargai dengan mengucapkan Alhamdulilah.

Bersyukur sangat2 ke hadrat Illahi dengan kesihatan yang baik. Menyoal diri sendiri dengan kesihatan yang baik ini adakah kita menggunakan dengan cara yang baik. Sudahkah kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai orang Islam. Adakah solat kita 5 waktu terlaksana? Adakah kita solat bila masuk waktunya atau kita bertangguh kerana lalai perkara duniawi semata-mata?

Saya juga insan yang lemah. Tiap2 hari bila bangkit dari tidur, saya mempunyai azam untuk mendekatkan diri pada Allah, ingin menjadi wanita solehah, taat pada suami dan melakukan yang terbaik sebelum malaikat datang menjemput pulang ke kampung yang abadi. Kampung kita bukan di sini tapi di sana. Di sanalah kampung kita yang kekal abadi dan di sana kita akan kekal. Betapa kerdilnya diri saya ini.

Saya tertarik apabila membaca sebuah buku yang bertajuk Travelog Dakwah oleh Muhd Kamil Ibrahim. Beliau banyak menyentuh jiwa saya dengan penulisan dan pengalaman yang dikongsikan. Apa yang saya dapat ialah jika kita mempunyai masalah ataupun tidak, bangunlah sepertiga malam bermunajat kepada Allah. Jaga waktu solat dan bagi yang lelaki lebih baik berjemaah di masjid ataupun surau. Selain itu, amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis.

Saya akan cuba untuk amalkan.Saya memohon keampunan atas coretan jika ada tersalah bahasa. Diriku insan yang sentiasa membaiki diri, insan yang lemah dan memerlukan mujahadah yang tinggi.



08 February 2012

Pernikahan Tempat Menyuburkan Cinta

" Tidak terlihat di antara dua orang yang saling mencintai (sesuatu yang sangat menyenangkan) seperti pernikahan. "
( Sunan Ibnu Majah )

Ramai remaja sekarang lebih memilih berpancaran daripada melangsungkan perkahwinan..Mereka mengatakan masih awal lagi untuk mendirikan rumahtangga dan masih belum sedia. Selain itu, masih belajar dan belum memiliki kewangan yang stabil bagi mendirikan rumahtangga saya.

Saya pula adalah disebaliknya. Mempunyai azam mendirikan rumhtangga sejak umur belum mencecah 20 tahun. Alhamdulilah impian saya tercapai dan saya amat bersyukur.:131:

Pernikahan adalah sebuah perjanjian suci yang menjadikan Allah s.w.t sebagai pemersatunya. Dan tidak ada yang melebihi ikatan ini. Dan inilah puncak segala kenikmatan cinta itu di mana ke dua orang yang saling mencinta itu memilih untuk hidup bersama dan saling berjanji untuk saling mengasihani dan berbagi hidup baik suka mahupun duka.

Antara input yang saya dapat adalah wanita memerlukan perhatian, lelaki memerlukan kepercayaan.

Wanita memerlukan pergertian lelaki memerlukan penerimaan.

Wanita memerlukan rasa hormat lelaki memerlukan pernghargaan.

Wanita memerlukan kesetiaan lelaki memerlukan kekaguman.

Wanita memerlukan penegasan lelaki memerlukan persetujuan.

Wanita perlukan jaminan lelaki perlukan dorongan...

emoticon30

28 January 2012

Happy Saturday

Assalamualaikum...
Apa khabar sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.:face75:
...Jamy harap sihat hendaknya..Malam esok Jamy akan pulang ke Kelantan bersama zauji selama seminggu disebabkan zauji Jamy dapat cuti seminggu...Namun Jamy belum pasti lagi sama ada Jamy stay kt kampung atau follow suami balik Gombak semula..:16:

Ntah la sejak kebelangkan ini, Jamy rasa belum cukup lagi amalan Jamy dan rasa masih belum dekat lagi diri ini dengan Pencipta..Setiap masa, Jamy ambil masa untuk memunasabahkan diri ini yang selalu alpa..Semenjak Jamy menonton video Ustaz Harun Din bermimpi jumpa Rasulullah..Jamy menyoal balik diri sama ada setakat manakah diri ini mencintai Rasululllah....Tepuk dada tnya diri..Empunya diri lebih mengetahui...

Setakat ini dulu entry kali ini..Semoga sahabat sudi berkongsi pandangan..Akhir kalam, salam sayang buat sahabat muslimah yang diredhai Allah..emoticonnajwa02
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...