skip to main |
skip to sidebar
Dah lama cikgu menyepi dari dunia blogger. Dulu tengok orang buat blog, cikgu pun buat la juga..Dulu guna jamy, nama popular zaman muda mudi dulu.
Mungkin ada yang tertanya-tanya siapalah cikgu ni, cikgu adalah seorang guru yang telah berhenti kerja dan ada business sendri. Cikgu menguruskan hometuition dan juga memiliki kelas Al-Quran.
Di samping itu, cikgu juga adalah seorang pengedar sah Shaklee.
Cikgu bermula dengan Shaklee hampir dua tahun lepas apabila cikgu mengalami masalah susu drop. Masa tu, cikgu perlu buat stok untuk anak kedua dan stok tak cukup untuk tinggal kat rumah pengasuh.
Cikgu pernah cuba produk lain tapi tak berkesan dan akhirnya cikgu tergerak hati nak cuba ESP dari Shaklee. So cikgu cuba dan contact kawan lama cikgu dan cikgu daftar ahli Shaklee.
Pada mulanya, tak ada niat pun nak buat business tapi cikgu makin lama makin tertarik dengan business Shaklee, cikgu pun buat keputusan untuk fokus pada business Shaklee.
Buisness Shaklee ni best sebab tak perlu nak simpan stok, modal serendah seratus untuk daftar ahli.Kemudian tak payah nak keluar pos barang sebab boleh order online dah HQ akan tolong poskan barang pada customer.
Selain tu, company akan bagi bonus jika dapat buat 150 uv ke atas, bonus pun dapat, untung runcit pun dapat.
Bnayak sangat peluang yang best2 bila buat bisness Shaklee, selain boleh jaga kesihatan boleh juga dijadikan sebagai bisness.
Jika sesiapa yang berminat untuk jadi ahli Shaklee, boleh whatsapp cikgu.
013 9939963.
Cikgu juga boleh cod area Pasir Gudang, Johor. Berminat boleh whtsapp cikgu ye.
Sudah beberapa tahun kakja tinggalkan blog. Inshaallah kakja kembali menulis di blog.Harap selepas ini followers makin bertambah.
Untuk pengetahuan follower, kakja sekarang menetap di Pasir Gudang, kakja bekerja sebagai cikgu dan sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Alhamdulilah kedua-dua ank lelaki.
Kakja nak share juga pasal business. Kakja mempunyai kelas pengajian Al-Quran, iaitu Qalbu Syifaa Pro Quran Pasir Gudang. Kelas ini terbuka kepada kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke atas dan kami juga ada kelas pengajian bagi orang dewasa. Bagi yang berdekatan boleh daftar mengaji.
Selain itu, kakja juga SID Shaklee, kakja ambil Shaklee sebab nak tambah susu. Salah satu faktor kakja terjebak dengan Shaklee, alang-alang guna kakja daftar jadi ahli dan juga buat business Shaklee. Niat utama nak sebarkan kebaikan produk kepada orang ramai.
Kakja nak kongsikan sejak kakja consume ESP, susu semakin bertambah. Buktinya bila pam susu kakja dapat 6 Oz,bagi kakja itu sangat banyak. Dulu nak dapat 2 Oz pun susah. Kakja pernah cuba poduk lain tapi tak menjadi, mungkin ia tak menjadi dengan kakja tapi alhamdulilah dengan Shaklee menjadi.
Okay la ye, ini kira entry pertama dalam tahun 2017 setelah lama kakja menyepi dalam dunia blog.
Sebenarnya jamy belum lagi tidur sebab esok cuti sekolah, suami baru sahaja guna laptop dan sekarang turn jamy guna laptop, rasa rindu nak tulis blog. Memang jamy suka menulis, maaf kalau posting jamy tidak menarik hati kamu semua. Menulis ikut suka hati kan!!
Banyak yang jamy nak kongsikan. Sekarang sudah masuk 5 bulan berada di Johor, alhamdulilah dapat membiasakan diri di sini. Walaupun rindu pada ahli keluarga di kampung tapi berada di sini boleh dikatakan gembira sebab masih ada suami dan anak di sisi. Alhamdulilah :)
Sekarang anak jamy, Mokhtar sudah makin cerdik budaknya. Boleh dikatakan Mokhtar menghiburkan hati jamy di kala balik sekolah dengan penat. Terhibur dengan dia. Kadang-kadang sedih bila fikir jamy pergi kerja dan tinggal Mokhtar di rumah, rasa nak jadi full housewife. Inshaallah bila mommy dan daddy sudah stabil, mommy akan fokus pada Mokhtar.
Kemudian jamy ingin kongsikan pengalaman menjadi seorang guru. Mula-mula masuk sekolah, jamy mengalami sedikit tekanan apabila berhadapan dengan pelajar yang kurang dengar kata. Bukan senang untuk handle mereka jika kita tidak pandai menggunakan psikologi. Pada awalnya, jamy selalu marah-marah diorang sebab tengok cikgu lain macam garang je. Okay nak cerita ada satu budak Cina namanya Lee (nama samaran), jamy selalu marah dia. Pada suatu hari, masa peperiksaan jamy ke kelas dia untuk jaga periksa dan jamy nampak dia cakap "Cikgu gila datang". Memang sakit hati.
Lepas tu, jamy fikir mungkin budak ni tak suka kita asyik marah-marah dia sebab malas dan banyak main dalam kelas. Akhir sekali jamy menggunakan pendekatan psikologi dengan selalu puji dia, tak marah dia. Cakap elok-elok dengan dia. Alhamdulilah bersyukur sangat Lee yang jamy kenal sekarang jauh beza dengan Lee yang dulu.
Antara perubahan yang jamy nampak, dia akan senyap dalam kelas, tidak kacau orang lain. Offer diri untuk tolong jamy, buat eksperimen, salin nota, buat kerja yang jamy suruh tulis. Dan apa yang best, kerjaya seorang guru adalah membawa balik buku pelajar. Disebabkan takut dia tak bawa buku nota Sains, dia bagi jamy pegang buku dia dan bila masa Sains jamy akan bawa buku nota tersebut ke kelas dia. Tapi sebab dia nak belajar, jamy sanggup buat macam tu.
Akhir sekali, jamy bukan nak kata jamy guru yang bagus sebab jamy baru setahun jagung dalam mengajar. Inshaallah ingin menjadi guru yang pelajar enjoy belajar.
Kebanyakkan wanita yang lepas bersalin akan mengalami masalah strechmark di bahagian perut. Strechmark berlaku apabila berat badan meninngkat secara mendadak dan badan tidak menampung berat badan tersebut menyebabkan rekahan pada bahagian perut. Kesan rekahan akan kekal jika ibu-ibu tidak mengambil langkah awal untuk mengurangkan masalah rekahan tersebut.
Di sini jamy ingin kongsikan beberapa tips untuk mengurangkan masalah strechmark:
1)Susu ibu. Rugi mana-mana ibu yang tidak merebut peluang untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun kerana dengan menyusukan anak boleh mempercepatkan mengecutkan rahim di mana dapat membakar 200-600 kalori sehari.
2) Berbekung. Berbekung perlu dilakukan apabila lepas bersalin, jangan bagi alasan panas atau sebagainya kerana dengan berbekung dapat mengembalikan bentuk badan yang asal. Jadi perlu memilih bekung yang sesuai. Jangan ambil mudah dan mengabaikan berbekung ketika berpantang.
Kemudian jamy ingin mencadangkan kalian mengambil supplement. ESP membantu mengurangkan sterchmark di samping kan susu badan. Boleh cuba, selamat mencuba :)
Page: Jameela Beauty