skip to main |
skip to sidebar
Sudah beberapa tahun kakja tinggalkan blog. Inshaallah kakja kembali menulis di blog.Harap selepas ini followers makin bertambah.
Untuk pengetahuan follower, kakja sekarang menetap di Pasir Gudang, kakja bekerja sebagai cikgu dan sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Alhamdulilah kedua-dua ank lelaki.
Kakja nak share juga pasal business. Kakja mempunyai kelas pengajian Al-Quran, iaitu Qalbu Syifaa Pro Quran Pasir Gudang. Kelas ini terbuka kepada kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke atas dan kami juga ada kelas pengajian bagi orang dewasa. Bagi yang berdekatan boleh daftar mengaji.
Selain itu, kakja juga SID Shaklee, kakja ambil Shaklee sebab nak tambah susu. Salah satu faktor kakja terjebak dengan Shaklee, alang-alang guna kakja daftar jadi ahli dan juga buat business Shaklee. Niat utama nak sebarkan kebaikan produk kepada orang ramai.
Kakja nak kongsikan sejak kakja consume ESP, susu semakin bertambah. Buktinya bila pam susu kakja dapat 6 Oz,bagi kakja itu sangat banyak. Dulu nak dapat 2 Oz pun susah. Kakja pernah cuba poduk lain tapi tak menjadi, mungkin ia tak menjadi dengan kakja tapi alhamdulilah dengan Shaklee menjadi.
Okay la ye, ini kira entry pertama dalam tahun 2017 setelah lama kakja menyepi dalam dunia blog.
Sebenarnya jamy belum lagi tidur sebab esok cuti sekolah, suami baru sahaja guna laptop dan sekarang turn jamy guna laptop, rasa rindu nak tulis blog. Memang jamy suka menulis, maaf kalau posting jamy tidak menarik hati kamu semua. Menulis ikut suka hati kan!!
Banyak yang jamy nak kongsikan. Sekarang sudah masuk 5 bulan berada di Johor, alhamdulilah dapat membiasakan diri di sini. Walaupun rindu pada ahli keluarga di kampung tapi berada di sini boleh dikatakan gembira sebab masih ada suami dan anak di sisi. Alhamdulilah :)
Sekarang anak jamy, Mokhtar sudah makin cerdik budaknya. Boleh dikatakan Mokhtar menghiburkan hati jamy di kala balik sekolah dengan penat. Terhibur dengan dia. Kadang-kadang sedih bila fikir jamy pergi kerja dan tinggal Mokhtar di rumah, rasa nak jadi full housewife. Inshaallah bila mommy dan daddy sudah stabil, mommy akan fokus pada Mokhtar.
Kemudian jamy ingin kongsikan pengalaman menjadi seorang guru. Mula-mula masuk sekolah, jamy mengalami sedikit tekanan apabila berhadapan dengan pelajar yang kurang dengar kata. Bukan senang untuk handle mereka jika kita tidak pandai menggunakan psikologi. Pada awalnya, jamy selalu marah-marah diorang sebab tengok cikgu lain macam garang je. Okay nak cerita ada satu budak Cina namanya Lee (nama samaran), jamy selalu marah dia. Pada suatu hari, masa peperiksaan jamy ke kelas dia untuk jaga periksa dan jamy nampak dia cakap "Cikgu gila datang". Memang sakit hati.
Lepas tu, jamy fikir mungkin budak ni tak suka kita asyik marah-marah dia sebab malas dan banyak main dalam kelas. Akhir sekali jamy menggunakan pendekatan psikologi dengan selalu puji dia, tak marah dia. Cakap elok-elok dengan dia. Alhamdulilah bersyukur sangat Lee yang jamy kenal sekarang jauh beza dengan Lee yang dulu.
Antara perubahan yang jamy nampak, dia akan senyap dalam kelas, tidak kacau orang lain. Offer diri untuk tolong jamy, buat eksperimen, salin nota, buat kerja yang jamy suruh tulis. Dan apa yang best, kerjaya seorang guru adalah membawa balik buku pelajar. Disebabkan takut dia tak bawa buku nota Sains, dia bagi jamy pegang buku dia dan bila masa Sains jamy akan bawa buku nota tersebut ke kelas dia. Tapi sebab dia nak belajar, jamy sanggup buat macam tu.
Akhir sekali, jamy bukan nak kata jamy guru yang bagus sebab jamy baru setahun jagung dalam mengajar. Inshaallah ingin menjadi guru yang pelajar enjoy belajar.
Kebanyakkan wanita yang lepas bersalin akan mengalami masalah strechmark di bahagian perut. Strechmark berlaku apabila berat badan meninngkat secara mendadak dan badan tidak menampung berat badan tersebut menyebabkan rekahan pada bahagian perut. Kesan rekahan akan kekal jika ibu-ibu tidak mengambil langkah awal untuk mengurangkan masalah rekahan tersebut.
Di sini jamy ingin kongsikan beberapa tips untuk mengurangkan masalah strechmark:
1)Susu ibu. Rugi mana-mana ibu yang tidak merebut peluang untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun kerana dengan menyusukan anak boleh mempercepatkan mengecutkan rahim di mana dapat membakar 200-600 kalori sehari.
2) Berbekung. Berbekung perlu dilakukan apabila lepas bersalin, jangan bagi alasan panas atau sebagainya kerana dengan berbekung dapat mengembalikan bentuk badan yang asal. Jadi perlu memilih bekung yang sesuai. Jangan ambil mudah dan mengabaikan berbekung ketika berpantang.
Kemudian jamy ingin mencadangkan kalian mengambil supplement. ESP membantu mengurangkan sterchmark di samping kan susu badan. Boleh cuba, selamat mencuba :)
Page: Jameela Beauty
Aku sudah tahu tempat aku posting, sudah lama menunggu dan akhirnya penantian itu terjawab. Dulu sebelum posting, aku dan suami sudah berbincang-bincang jika dapat Sabah mahupun Sarawak, aku akan tolak tawaran tersebut.
Namun kali ini bukan Sabah mahupun Sarawak. Aku ditempatkan di Johor tetapi belum tahu sekolah mana lagi, aku boleh cek sekolah nanti 16 hb ni. 19 hb ini aku akan lapor diri di sekolah. Aku pun tak tahu persediaan apa yang sepatutnya aku buat sekarang, yang aku tahu perlu kemas semua barang dalam rumah sewa aku ini kerana tuan rumah sewa meminta kami mengosongkan rumah pada bulan Februari ini.
Kebetulan aku dapat mengajar di Johor, maka kami akan berpindah di Johor. Rupa-rupanya bakal rumah sewa menanti di Johor. Aku harapkan penghijrahan aku dan keluarga membawa seribu kebaikan kepada kami. Semoga kami akan menjadi insan yang luar biasa. Kata orang, muda-muda ini ambil pengalaman dari negeri orang.
Berdebar juga rasa hati memandangkan aku tidak punya sanak-saudara di sana, alhamdulilah ada kawan-kawan yang bekerja di sana. Alhamdulilah boleh kami menumpang sebelum aku lapor diri dan mencari rumah sewa. Aku berharap segala urusan aku di sana berjalan dengan lancar. Macam-macam di fikiranku sebab aku membawa anak kecil.
Okay la setakat ini dulu entry aku kali ini, Mokhtar tak mahu tidur lagi. Nak layan si kecil dulu.