02 June 2011

Jun Is Coming

   Assalamuailaikum kepada semua.Sudah berlalu sehari dan waktu pagi menjelang.Ini bermakna sudah masuk 2 Jun 2011.Alhamdulilah ana masih diberi kesihatan yang baik dan syukur pada Illahi.

   Hari ini ana melalui peristiwa yang sungguh menyedihkan ana.Namun ana perlu kuat dalam menghadapi ujian yang diberi.Ini untuk menguji tahap kesabaran ana.Sebenarnya ana kadang-kadang tak boleh bersabar.Setiap kali ana hilang rasa bersabar,ana cuba mengawal emosi ana agar ia tidak menjejaskan suasana.

  Ana menghitung detik berlalunya bulan Jun ini.Dalam beberapa hari lagi,ana akan menjalankan peranan dalam mengurus hal rumahtangga.Banyak benda yang ana perlu lalui.Insyaallah ana bersedia dalam memikul segala tanggungjawab sebagai isteri,menantu dan juga tidak ketinggalan sebagai seorang yang bergelar mahasiswi.

  Insyaallah esok ana akan ke bandar Kota Bharu untuk mencari barang-barang hantaran.Tidak ketinggalan juga menghadiri kenduri di Jerteh.Semoga perjalanan esok membawa rahmat dan dilindungi.

30 May 2011

{ Unggulnya Wanita }


  Ketahuilah kita yang bergelar wanita betapa istimewanya menjadi seorang wanita.Alangkah bertuahnya sebagai wanita yang dapat melahirkan anak sebagai pembawa zuriat dalam sesebuah keluarga.


  Kali ini ana ingin berkongsi apa yang ana baca dalam sebuah buku Riwayat Bidadari Syurga.Ana bersyukur kerana ana terpilih menjadi seorang wanita.Wanita mempunyai pelbagai kelebihan,Antara kelebihannya ialah doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki.
Sabda Rasulullah : " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


 Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.Selain itu , wanita yang menjaga solatnya dan puasanya semua ikan di laut , burung di udara , malaikat di langit , matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.


  Ini saja dahulu dari ana.Semoga kita dapat meningkatkan keimanan kita dan memperbaiki kelemahan kita.Jumpa lagi.



27 May 2011

...Kahwin Awal....

    Asalamualaikum dan saya mulai menaip dengan kalimah-kalimah yang membuatkan kita tidak lalai dari mengingati Pencipta kita.Alhamdulilah kita masih berpeluang untuk menghirup udara yang segar dan melakukan amal ibadah semata-mata kerana Allah.

   Malam yang dingin ini membuatkan ana terpanggil untuk menulis sebuah entry yang bertajuk  Kahwin Awal
Ana tidak mepunyai ilmu yang meluas dalam bidang agama namun apa yang ana tahu ana cuba untuk kongsikan kepada sahabat-sahabat yang selalu singgah di blog ana.Okies ana nak start story-mory ni..huhu..Sebenarnya dalam tiga tahun lepas ana telah menanam azam untuk berkahwin awal.Apabila di friendster ana selalu je tengok dan add sesiapa yang berkahwin awal.Ana mempunyai minat untuk berkenalan dengan muslimat yang telah mendirikan rumahtangga di awal usia 20 an.Dulu tak de lagi facebook!!!Sekarang bila dah ada facebook ana tetap juga berminat untuk berkenalan dengan sesiapa yang kahwin awal.Ana juga tidak ketinggalan menjadi follower bagi mereka yang berkahwin awal.It is interesting for me and I want to know more about them.

   Berdasarkan arus pembangunan zaman sekarang,masyarakat memandang serong terhadap golongan yang berkahwin muda.People stop judging us and please respect our decison!!!

  Sebagaimana Allah SWT menyebutkan tujuan daripada penciptaan dipelbagai ayat Allah SWT mengurniakan ke atas lelaki dengan sejumlah perkara dalam firman :

"Dan di antara tanda-tanda yang menbuktikan kekuasaannya dan rahmatNya bahawa ia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) ,isteri-isteri dari jenis kamu sendiri ,supaya kamu bersenag hati dan hidup mesra dengannya." ( Ar- Ruum :21)



22 May 2011

Muliakan Jiran Tetangga

     Asalamualaikum kepada pembaca yang singgah di blog saya.Sebenarnya saya selalu ingin menulis di blog tetapi tidak mempunyai idea yang dapat memberi manfaat.Masa yang berlalu begitu pantas,sedar-sedar dah petang.Boleh tak saya nak bahasakan diri saya ini 'ana'?

    Pagi tadi ana bersiap untuk keluar bersama-sama kakak sulung ana beserta dua orang anak saudara ana.Mula-mula kakak janji jemput ana dalam pukul 10.Setelah bersiap ana menunggu kakak,mungkin dalam pukul 10.30 kakak baru sampai.Hon kereta kakak kedengaran menandakan dia datang menjemput ana.Ana mengenakan baju jubah yang berwarna coklat.Niat di hati ini mengenakan purdah namun ana tidak kuat lagi.

   Kami menuju ke kedai Alat tulis Alias.Bukan untuk membeli sebarang alat tulis tapi kami ingin berjumpa seseorang istimewa.Siapakah ye orang istimewa itu?Sudah pasti bukan Abg Alias tapi ingin ketemu sama dengan isteri En Alias iaitu glamour dengan panggilan Kak Ni.

  Kak Ni adalah seorang dari jiran tetangga kawasan kediaman kami.Dia tengah pregnant anak ke 5.Rasanya dalam 7 bulan dan insyaallah dalam bulan 8 ni akan bersalin.Semoga Kak Ni mudah dan selamat melahirkan baby.Ana akan mengadakan Majlis Kesyukuran Perkahwinan ana pada 10 Jun ini dan sebagai seorang jiran yang prihatin Kak Ni sanggup menolong kami dalam mengubah barang2 hantaran.Jadi tujuan kami berjumpa dengan Kak Ni adalah untuk ke kedai membeli peralatan-peralatan yang diperlukan.Nampaknya beliau seorang yang kreatif dan berminat mengenai gubahan.

  Kami melangkah masuk ke kedai yang diberitahu oleh Kak Ni.Nampaknya tuan punya kedai tersebut mengenali Kak Ni.Berdasarkan tema perkahwinan ana iaitu purple.Kak Ni bertanya pendapat ana mengenai bunga-bunga yang lawa.Kak Ni memilih bunga warna purple dan pink serta putih.Ini merupakan kombinasi warna agar ia nampak lebih menarik.Banyak juga yang kami beli tadi dan semuanya berjumlah RM226 dan tuan punya kedai memberi diskaun akhirnya RM210.

   Di sini sebenarnya ana ingin berkongsi cerita betapa penting kita hidup dalam berjiran.Jiran tetangga adalah tempat kita meminta bantuan dan pertolongan jika berlaku sesuatu musibah.Jiran tetangga juga sanggup menghulurkan bantuan tanpa diminta.Jika tak kenal jiran hidup kita bagai kera di hutan.

 Sekian dari ana.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...