06 April 2012

Habib Umar


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat ahli keluarga, sahabat handai dan yang mengenali diri ini. Sementara menunggu zauji datang ambik Jamy, saya update blog.

Adakah kalian mengenali Habib Umar ? Agaknya kalian sudah mengenali ulama yang tersohor dari Tarim, Yaman. Beliau akan datang ke Malaysia dan di sini ada butiran kedatangan beliau.Semoga dapat manfaat dengan kedatangan beliau ke sini. Sama2 kita rebut peluang untuk menghadiri majlis ilmu bersama-sama Habib Umar. InsyaAllah.


05 April 2012

Fiest eTnik


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat ahli keluarga, rakan-rakan dan yang mengenali diri ini. Alhamdulilah masih lagi di beri peluang untuk meneruskan perjuangan. Apa khbar? Jamy ada beberapa berita hendak dikongsikan di sini.

Pertama, cuti pertengahan semester pada 7 April dan insyaallah lepas kelas esok boleh balik. Kami bercuti selama seminggu. Namun cuti bukan bermakna boleh rehat-rehat, Jamy dibekalkan dengan assignment dan juga naik semester ini akan ada tiga peperiksaan pertengahan semester. adoiii banyaknya, namun apa2 pun Jamy akan hadapi cuma dalam keadaan bersedia atau pun tidak. jika tidak mengulangkaji pelajaran, i got nothing..So, kena berusaha dan berusaha di mana usaha itu tangga kejayaan.

Second, buka semester ini Jamy dan rakan-rakan menyertai pertandingan menari. Apa yang dirancang adalah untuk menari tarian Sumazau dan kami dah mulai berlatih petang tadi selepas habis kelas.

ok la ya jumpa lagi...

04 April 2012

i am so tired !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jamy kembali lagi di ruang ini untuk mencatat coretan yang insyaallah mendatangkan manfaat.

Sejak kebelakangan ini, Jamy agak letih dek kesibukan di universiti. Kerja semakin bertimbun-timbun untuk diselesaikan. Ya Allah, rasa malas sgt !!! Namun itu bukan persoalan bak kata pepatah hendak seribu daya tak nak seribu dalih..

Penat penat penat ini adalah perasaan Jamy ketika ini. Kuatkan daku dalam mengharungi segala dugaan dan jauhkan daku dari sifat kemalasan yang akan memudaratkan diri sendiri.

Sekian dahulu dari Jamy. Akhir kata, jangan jadikan penat sebagai satu alasan untuk berusaha.

30 March 2012

Salam Jumaat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat. Dan sudah pasti kaum muslimin sudah pulang dari menunaikan solat jumaat. Jam menunjukkan pukul 2.11 petang. 

Mengimbau kenangan dulu, pada waktu ini ayah pulang dari masjid. Arwah ibu sudah pun menyediakan makanan yang siap dihidang di atas meja. Apabila ayah pulang, terus je kami menjamu hidangan pada waktu itu. Indahnya suasana keluarga yang bahagia.

Namun sekarang orang-orang kesayangan saya sudah meninggalkan saya. Mereka sudah pulang ke kampung asal mereka di mana iaitu negeri akhirat. Yang pasti kita semua akan pulang ke sana namun adakah kita pulang dengan tangan kosong atau dengan adanya amalan atau ibadah yang bermanfaat.

Kebiasaannya saya akan pulang ke Setapak Indah setiap hari Jumaat apabila habis kelas namun tanggungjawab saya bukan hanya sebagai isteri. Tanggungjawab sebagai pelajar menyebabkan saya berkorban rasa rindu yang terpendam buat zauji. Semakin hari, semakin banyak assignment yang dibekalkan oleh pensyarah. Rutin saya sebagai pelajar semakin bertambah dan hujung minggu di isi dengan menyiapkan assignment. 

Sekian dahulu dari saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...